Maal Hijrah :D
Friday, November 25, 2011 | 6:21 AM | 0 comments
Lusa adalah 1 Muharam . Peristiwa apakah yang berlaku pada hari tersebut ?
Pasti ramai umat Islam tahu apakah yang berlaku pada hari tersebut . Bagi sesiapa yang tidak tahu .
Pada hari ini saya akan berkongsi beberapa maklumat kepada anda semua .
Pada 1 Muharam , Nabi Muhammad dan umat Islam berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah .
Pada era globalisasi kini , kita tidak semestinya berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain .
Kita juga boleh berhijrah dari perkara buruk kepada yang baik .
Sebagai contoh , sifat mazmumah yang ada dalam diri kita .
Kita boleh berhijrah dengan bernekad ingin mengubah sifat yang buruk dalam diri kita kepada yang baik .
Tetapi , jangalah seperti angan - angan Mat Jenin .
#Oleh itu , marilah kita sama - sama berhijrah yang dapat mengubah diri kita kearah yang lebih baik .