Mengingati mati .
Tuesday, December 13, 2011 | 7:08 AM | 0 comments
Assalamualaikum W. B. T.
Semalam saya ada membaca sebuah buku. Salah satu tajuk dalam buku tersebut ialah Mengingati Mati.
Saya akan memberikan beberapa info mengenai tajuk kita pada hari ini iaitu Mengingati Mati.
Adalah sunat bagi setiap umat Islam supaya mengingati mati.
Dengan mengingati mati, kita akan sering berusaha untuk menjadikan setiap perbuatan kita sebagai ibadah.
Firman Allah SWT bermaksud :
" Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. "
Kita harus faham bahawa di antara "mengingati mati" dan "mengharapkan mati" ada mempunyai perbezaan.
Syarak menetapkan adalah sunat bagi kita mengingati mati tetapi mengharapkan mati adalah makruh.
Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu , definisi bagi "mengingati" ialah sentiasa ingat akan, atau mengenang.
Manakala definisi bagi "mengharapkan" ialah berharap akan berlakunya sesuatu.
Kita hendaklah bersabar apabila ditimpa kesusahan, kerana ianya adalah qadha dan qadar Allah SWT.
Allah sentiasa bersama dengan orang - orang yang sabar. Setiap dugaan, pasti ada hikmahnya.
#Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan takdir.