Al - Kindi Pemecah Kod Rahsia !
Tuesday, August 21, 2012 | 6:38 AM | 0 comments
PROFIL
Nama sebenar : Abu Yusof Yaqub Ibnu Ishaq al - Kindi.
Gelaran : Al - Kindi
Tempat lahir : Kufah, Iraq.
Tahun lahir : 801 M
Tarikh meninggal dunia : 873 M
Pekerjaan awal : penterjemah, penulis kaligrafi.
Bidang ilmu : falsafah, optik, kedoktoran, muzik, astronomi,
geografi, matematik, farmakologi, kriptologi.
Karya terkenal : Risalah fiIstikhraj al - Mu'amma (Manuscript For
The Deciphering Cryptografic Messages)
Pada zaman kegemilangan Islam, ilmuan Islam menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. salah seorang daripadanya adalah tokoh terkenal kita pada kali ini iaitu Al - Kindi. Beliau dikenali sebagai tokoh falsafah Arabyang pertama.
Selain dikenali sebagai ahli falsafah, beliau juga menulis buku tentang kriptologi atau seni memecahkan kod rahsia. Di dalam bukunya 'Manuscript For The Deciphering Cryptografic Messages', beliau menulis tentang teknik penguraian kod - kod manusia. Contohnya, menukar simbol rahsia kepada huruf.
Dalam bidang perubatan, Al -Kindi adalah ahli farmakologi pertama yang menekankan akan kepentingan penggunaan dos ubat yang betul.
Manakala dalam bidang matematik, beliau telah menghasilkan buku - buku berkaitan sistem nombor. Al - Kindi juga memperkenalkan angka Hindu - Arab di kalangan orang Arab ketika itu.
Sebagai seorang tokoh yang terkenal di Bait al - Hikmah, Al - Kindi berjaya menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi astronomi, batu berharga dan sebagainya.
Selain itu, Al - Kindi telah menulis sebuah buku mengenai ilmu optik yang dianggap sebagai rujukan asas dalam bidang optikal. Bahkan, buku tersebut telah menjadi rujukan penting para pengkaji bidang optik di seluruh dunia.
Begitulah ketokohan Al - Kindi yang hebat kerana menguasai pelbagai bidang ilmu. Para pembaca sekalian, untuk berjaya kita mestilah menjadi "pencari ilmu" bukan "orang yang menunggu ilmu". Insya - Allah kita akan jadi orang yang terbaik di kalangan umat yang terbaik.