My Secret Garden
Al - Kindi Pemecah Kod Rahsia !
Tuesday, August 21, 2012 | 6:38 AM | 0 comments
PROFIL

Nama sebenar : Abu Yusof Yaqub Ibnu Ishaq al - Kindi.
Gelaran : Al - Kindi
Tempat lahir : Kufah, Iraq.
Tahun lahir : 801 M
Tarikh meninggal dunia : 873 M
Pekerjaan awal : penterjemah, penulis kaligrafi.
Bidang ilmu : falsafah, optik, kedoktoran, muzik, astronomi,
geografi, matematik, farmakologi, kriptologi.
Karya terkenal : Risalah fiIstikhraj al - Mu'amma (Manuscript For 
The Deciphering Cryptografic Messages)

  Pada zaman kegemilangan Islam, ilmuan Islam menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. salah seorang daripadanya adalah tokoh terkenal kita pada kali ini iaitu Al - Kindi. Beliau dikenali sebagai tokoh falsafah Arabyang pertama.
  Selain dikenali sebagai ahli falsafah, beliau juga menulis buku tentang kriptologi atau seni memecahkan kod rahsia. Di dalam bukunya 'Manuscript For The Deciphering Cryptografic Messages', beliau menulis tentang teknik penguraian kod - kod manusia. Contohnya, menukar simbol rahsia kepada huruf.
  Dalam bidang perubatan, Al -Kindi adalah ahli farmakologi pertama yang menekankan akan kepentingan penggunaan dos ubat yang betul. 
  Manakala dalam bidang matematik, beliau telah menghasilkan buku - buku berkaitan sistem nombor. Al - Kindi juga memperkenalkan angka Hindu - Arab di kalangan orang Arab ketika itu.
  Sebagai seorang tokoh yang terkenal di Bait al - Hikmah, Al - Kindi berjaya menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi astronomi, batu berharga dan sebagainya.
  Selain itu, Al - Kindi telah menulis sebuah buku mengenai ilmu optik yang dianggap sebagai rujukan asas dalam bidang optikal. Bahkan, buku tersebut telah menjadi rujukan penting para pengkaji bidang optik di seluruh dunia.

Begitulah ketokohan Al - Kindi yang hebat kerana menguasai pelbagai bidang ilmu. Para pembaca sekalian, untuk berjaya kita mestilah menjadi "pencari ilmu" bukan "orang yang menunggu ilmu". Insya - Allah kita akan jadi orang yang terbaik di kalangan umat yang terbaik.

YA ALLAH, JADIKANLAH AKU SEORANG YANG DISENANGI SAHABAT SEKELILING
Wednesday, August 15, 2012 | 3:57 PM | 0 comments
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Janganlah kamu berhasad dengki, janganlah kamu menambah harga barang jualan untuk memperdaya orang lain, janganlah kamu saling memarahi, janganlah kamu saling berpaling (daripada saudara kamu untuk memutuskan talian persahabatan) dan janganlah sebahagian daripada kamu memutuskan pembelian sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara." [Riwayat Muslim]



Sumber dari Gen-Q
Mengingati mati .
Tuesday, December 13, 2011 | 7:08 AM | 0 comments


Assalamualaikum W. B. T.

Semalam saya ada membaca sebuah buku. Salah satu tajuk dalam buku tersebut ialah Mengingati Mati.

Saya akan memberikan beberapa info mengenai tajuk kita pada hari ini iaitu Mengingati Mati.

Adalah sunat bagi setiap umat Islam supaya mengingati mati. 

Dengan mengingati mati, kita akan sering berusaha untuk menjadikan setiap perbuatan kita sebagai ibadah.

Firman Allah SWT bermaksud :

" Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. "

Kita harus faham bahawa di antara "mengingati mati" dan "mengharapkan mati" ada mempunyai perbezaan.

Syarak menetapkan adalah sunat bagi kita mengingati mati tetapi mengharapkan mati adalah makruh.

Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu , definisi bagi "mengingati" ialah sentiasa ingat akan, atau mengenang.

Manakala definisi bagi "mengharapkan" ialah berharap akan berlakunya sesuatu.

Kita hendaklah bersabar apabila ditimpa kesusahan, kerana ianya adalah qadha dan qadar Allah SWT. 

Allah sentiasa bersama dengan orang - orang yang sabar. Setiap dugaan, pasti ada hikmahnya. 

#Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan takdir.
Astaghfirullah .
Monday, December 5, 2011 | 6:06 AM | 0 comments


Assalamualaikum W. B. T.

Pada zaman kini, banyak perbuatan sumbang dilakukan oleh remaja Islam zaman sekarang. 

Sebagai contohnya ialah menghisap dadah, mencuri, melakukan maksiat dan sebagainya.

Sebagai orang Islam, kita wajib meninggalkan larangan-Nya dan melaksanakan suruhan-Nya.

Selain daripada mendapat dosa, mereka juga memberi impak yang negatif kepada negara.

Hal ini demikian kerana para pelancong yang melihat perbuatan sumbang mereka akan memandang serong 

pada negara kita.

Deduksinya, kita haruslah memohon maaf kepada Allah atas semua kesilapan yang telah kita lakukan.

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, 

lagi amat Mengasihi." (Surah An - Nisa', 4:106)

Kita boleh meminta ampun kepada Allah dengan melakukan solat sunat taubat dan berjanji tidak akan 

mengulangi perbuatan itu lagi.

#Insyaallah, Allah akan menerima taubat kita kerana Dia Maha Pengampun.
Maal Hijrah :D
Friday, November 25, 2011 | 6:21 AM | 0 comments


Assalamualaikum .

Lusa adalah 1 Muharam . Peristiwa apakah yang berlaku pada hari tersebut ? 

Pasti ramai umat Islam tahu apakah yang berlaku pada hari tersebut . Bagi sesiapa yang tidak tahu . 

Pada hari ini saya akan berkongsi beberapa maklumat kepada anda semua .

Pada 1 Muharam , Nabi Muhammad dan umat Islam berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah . 

Pada era globalisasi kini , kita tidak semestinya berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain .

Kita juga boleh berhijrah dari perkara buruk kepada yang baik . 

Sebagai contoh , sifat mazmumah yang ada dalam diri kita . 

Kita boleh berhijrah dengan bernekad ingin mengubah sifat yang buruk dalam diri kita kepada yang baik .

Tetapi , jangalah seperti angan - angan Mat Jenin .  


#Oleh itu , marilah kita sama - sama berhijrah yang dapat mengubah diri kita kearah yang lebih baik .


Say HI !
First and foremost, this is my Blog, as you all know. So that means nobody is allowed to copy anything here without my permission. Spamming also is forbidden and any type of childish acts. Rude/vulgar words in my walkie talkie will be deleted. Respect is a must. Last but not least, enjoy your stay and have fun :))


Navigations ~~

Owner Link Tales


Walkie Talkie


Big Thanks
Skin By Cikin
Edited By Syakirah Mohamad Zaki.
Welcome to my secret garden ! Follow me? | Dashboard